Assalammualaikum w.b.t dan salam sejatahtera 👏. Selamat datang ke blog ini 😊
Saya merupakan pelajar semester 1 dan sedang menuntut pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya berumur 21 tahun pada tahun ini dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu.
Tujuan blog ini dibina untuk memberikan pengenalan secara ringkas tentang psikolinguistik. Psikolinguistik merupakan gabungan dua perkataan daripada linguistik dan psikologi. Psikologi merupakan kajian tentang emosi, kognnisi dan tingkah laku manusia manakala linguistik pula tentang satu ilmu yang mengkaji bahasa atau filtur bahasa.
Melalui kedua-dua ilmu inilah apabila digabungkan akan membentuk satu displin ilmu yang baharu yang dikenali sebagai psikolinguistik. Menurut (Kholid A. Harras,2009) dalam kajian psikolinguistik ini ialah tentang konsep pemerolehan bahasa, proses berbahasa pada manusia, gangguan berbahasa pada manusia, dan pembelajaran bahasa. Beliau juga berpendapat bahawa psikolinguistik ini secara umumnya tidak mengaitkan bahasa dengan fenomena yang lain, namun sebagai bahasa yang mempunyai struktur unik dan khas.
Kebanyakan fokus kajian psikolinguistik ialah melibatkan tentang pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Hal ini kerana menurut (Noor Aina Dani,2017) kanak-kanak mampu dalam menguasai pelbagai bahasa selain bahasa ibundanya ketika usia mereka masih muda seperti bahasa kedua atau ketiga berbanding orang dewasa. Orang dewasa cenderung mempelajari bahasa kedua secara formal iaitu mempelajari di dalam bilik darjah.
Terima kasih kepada pembaca atas meluangkan masa untuk membaca blog ini. Sekian, terima kasih.

Comments
Post a Comment