MEMAHAMI TEORI BEHAVIROSME PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA



 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA?

Pemerolehan bahasa pertama merupakan bahasa pertama yang akan diperoleh kanak-kanak sejak mereka lahir. Menurut Soenjono, (2007) mengatakan bahawa pemerolehan membawa maksud proses untuk menguasai Bahasa secara semula jadi oleh kanak-kanak. Selain itu, menurut Ahwy Oktradiks, (2013) pula mengatakan pemerolehan bahasa ialah proses yang sangat lama iaitu bermula pada tahap kanak-kanak tersebut belum mengenali tentang Bahasa sehingga ke tahap sudah fasih untuk berbahasa seperti Bahasa pertama dan Bahasa kedua.

Beliau juga mengatakan tentang pemerolehan bahasa pertama ialah suatu proses awal untuk kanak-kanak mengetahui dan mengenal tentang bunyi dan lambang sesuatu bahasa. Proses pemerolehan bahasa pertama ini diperoleh melalui bunyi dan pertuturan yang berlaku di persekitaranya dan ahli keluarga pula merupakan pengaruh terbesar dalam pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Secara umunya, bahasa pertama merupakan bahasa yang dapat dikuasai oleh seseorang buat pertama kali. Seseorang itu disebut sebagai monolingual jika hanya satu bahasa sahaja yang boleh digunakan namun jika dua bahasa maka dikenali sebagai bilingual. Bagi seseorang yang boleh bertutur lebih dari dua bahasa maka dia disebut sebagai multilingual.

 

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Melalui hasil pencarian, saya telah mendapati bahawa terdapat empat jenis teori pemerolehan Bahasa pertama yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pengkaji. Teori yang pertama ialah teori behaviorisme, teori nativisme, teori kognitivisme, dan teori yang terakhir sekali ialah teori interaksionisme. Keempat-empat teori ini telah menyumbangkan pengetahun dan kefahaman manusia tentang bagaimana kanak-kanak boleh mahir dalam menguasai bahasa pertamanya walaupun mereka tidak melalui proses pembelajaran. Namun dalam blog ini saya akan memberi fokus terhadap teori behaviorisme sahaja. Golongan yang mempercayai tentang teori behavioris ini percaya bahawa bahasa adalah satu set kebiasaan yang telah diserap ke dalam sistem saraf penutur ibunda.

Teori behaviorisme

            Pelbagai tokoh telah memperkenalkan tentang teori behavirosme ini iaitu J.B Watson, I. Pavlov dan B.F skinner. Selain itu, teori behaviorisme juga dikenali sebgai teori mekanisme. Menurut Mat Zaid,(1996) pembelajaran adalah suatu proses mekanikal yang dibentuk melalui mekanikal tanpa melibatkan sebarang aktiviti mental. Secara umumnya, teori behaviorisme merupakan analisis terhadap tingkah laku manusia yang dikaitkan dengan tindak balas. Melalui tingkah laku manusia tersebutlah yang akan mewujudkan suatu tabiat yang merupakan hasil daripada peneguhan yang berbentuk positif dan negatif serta melalui ganjaran.

Teori ini menerangkan bahawa bayi akan menggunakan pelbagai agahan melalui perkataan yang didengari olehnya melalui orang di sekelilingnya. Melalui perbuatan bayi tersebut akan memperoleh tabiat atau habit dan secara tidak langsung memperoleh bahasa pertamanya. Ibu bapa atau pengasuh bayi tersebut akan memberikan ganjaran kepada bayi tersebut setelah bayi itu sering mengagah dan perkataan yang dihasilkan olehnya merupakan satu peneguhan. Melalui ganjaran tersebut akan menggalakkan bayi untuk meneruskan perbuatannya dan agahan tersebut akan berkembang menjadi satu ujaran. Setelah berhasil ujaran, bayi akan dapat menghasilkan ujaran penuh yang bermaksud ujaran bayi tersebut sudah hampir sempurna.

Konsep utama dalam teori behaviorisme ini ialah rangsangan atau tindak balas, pengulangan, ganjaran, tabiat kanak-kanak, peneguhan bersifat positif dan negatif, denda bersifat positif dan negatif, serta pelaziman ayat.



 

J.B Watson

Teori Behaviorisme yang diperkenalkan oleh Watson pula percaya bahawa kesemua perlakuan manusia adalah gerak balas terlazim yang berlaku melalui proses pelaziman klasik. Watson menerangkan bahawa gerak balas manusia terhasil daripada proses pembelajaran yang secara berulang-ulang. Oleh itu, dalam proses ini lisan amatlah penting untuk seseorang itu mempelajari bahasa pertamanya.



          Burrhus Frederic Skinner ( B.F. Skinner )

            Seterusnya ialah teori behaviorisme oleh Burrhus Frederic Skinner atau lebih dikenali sebagai B.F. Skinner. Beliau merupakan ahli falsafah dan psikologi yang berasal dari Amerika. Dalam teori ini memberi fokus tentang timbulnya semua perilaku seperti reaksi atau tindak balas kerana adanya rangsangan. Secara umumnya, reaksi yang tepat terhadap rangsangan. Mat Zaid, (1996) menerangkan bahawa Skinner telah memperkenalkan tentang Teori Pelaziman Operan yang merupakan perlakuan atau perbuatan yang diulang berkali-kali dan mendapat ganjaran apabila pada asalnya perlakuan tersebut hanyalah kebetulan. Ganjaran yang diterima telah menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk terus mengulang perlakuan itu. Terdapat dua bahagian untuk membezakan tingkah laku berulang-ulang iaitu tingkah laku pantulan dan tingkah laku operan iaitu tingkah laku seseorang manusia tanpa rangsangan yang nyata. Oleh itu, pelaziman di antara sesuatu tingkah laku dengan pengukuhan adalah sangat penting dalam teori yang diperkenalkan oleh Skinner.


Menurut Ahwy Oktradiksa, (2013) tentang Teori behaviorisme yang diperkenalkan oleh B.F Skinner ialah reaksi yang diterima akan menjadi kebiasaan kepada penerima jika reaksi tersebut dibenarkan dan dapat memperoleh bahasa pertamanya secara semula jadi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang masih belum menguasai sepenuhnya bahasa pertamanya akan menuturkan perkataan yang salah berulang-kali sehinggalah menerima teguran atau kritikan daripada ibunya atau orang di sekelilingnya yang membetulkan perkataan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan menyedari bahawa perkataan yang disebutnya adalah salah dan apabila dibetulkan seperi yang ditegur oleh ibunya, lalu tidak mendapat sebarang teguran kerana perkataannya sudah benar. Melalui reaksi ibunya itulah yang dimaksudkan sebagai reaksi yang tepat terhadap rangsangan.


BIBLIOGRAFI :

Ahmad Muradi. (2018). Pemerolehan Bahasa Dalam Perspektif Psikolinguistik Dan Alquran. Jurnal Tarbiyah: Jurnal Ilmiah Kependidikan. 7(2). 145-162.

Ahwy Oktradiksa. (2013). Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Penelitian & Pendidikan Islam, 4(1). 236-248.

Dr. Umi Hijriyah. (2016). Paradigma Pembelajaran Bahasa : Reorientasi Teori, Pendekatan, dan Metode Pengajaran. Raden Intan Lampung : Pusat Penelitian dan Pengabdian Masyarakat

Noor Aina Dani (2017), Asas Psikolinguistik, Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka.                                                                                                                       

Mat Zaid bin Hussein. (1996) Pendekatan pengajaran bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi : satu kajian kes di Pusat Bahasa, Universiti Malaya. Masters thesis. Universiti Malaya.

Suci Rani Fatmawat. (2015). Pemerolehan Bahasa Pertama Anak Menurut Tinjauan Psikolinguistik. Jurnal Ilmu Dakwah dan Komunikasi. XVIII(1). 63-75.

Soenjono Dardjowidjojo. (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Comments