SINDROM AFASIA & KECELARUAN BAHASA

 

    Kecelaruan bahasa merupakan masalah bahasa seperti gagap, salah sebutan dan sering menggunakan makna yang sama dalam percakapan seseorang individu tersebut. Menurut Hassan Ahmad, (2007) penutur asli yang dapat menguasai bahasa kedua  akan berlaku kecelaruan dalam pertuturannya tanpa di sedari. Contoh orang Melayu yang merupakan penutur asli bahasa Melayu turut mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut merupakan bahasa kedua di Malaysia, akan melakukan kesalahan bahasa dari pelbagai sudut seperti mencampurkan perkataan dari bahasa Inggeris ketika individu tersebut sedang bertutur menggunakan bahasa Melayu. Selain itu, kecelaruan bahasa ini juga merujuk kepada kecatatan dari segi penggunaan bahasa dalam pertuturan, pemahaman, penulisan dan simbol.

FAKTOR KECELARUAN BAHASA 


          Faktor kecelaruan bahasa seseorang individu ialah terencat akal. Individu terencat akal tidak akan terlalu peduli untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana mereka tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur akibat cara pertuturan mereka tidak terlalu baik seperti orang normal. Individu terencat akal akan mempunyai masalah perbendaharaan kata yang akan mengakibatkan individu tersebut mempunyai masalah untuk membaca dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kemahiran untuk bertutur menggunakan bahasa dengan betul.

          Menurut Norfishah, (2016) pula menyatakan bahawa kecelaruan bahasa berpunca dari kurang kemahiran dalam berkomunikasi atau pernyataan lisan dan kefahaman mendengar. Beliau mengatakan masalah ini berkait dengan kecelaruan artikulasi, ortografi, fonologi, semantik, pragmantik, dan sintaksis.

i.                   Aspek fonologikal

  •    Individu tidak dapat menghasilkan bunyi huruf ‘s’ dan ‘r’.
  • Individu ini tidak dapat menghubungkaitkan bunyi suku kata dengan perkataan.
  •  Berlaku kecelaruan berkaitan dengan bunyi yang digantikan dalam aspek konsonan.

ii.                 Aspek semantik 

  • Mereka tidak  mengaitkan perkataan yang mempunyai kata kerja atau kata nama dengan objek.   

iii.              Aspek sintaksis

  • Mereka tidak dapat membina klausa atau anak ayat semasa bertutur.

Kecelaruan bahasa terdiri dari pelbagai kategori akibat kecederaan pada otaknya seperti afasia dan disleksia. Disleksia bermaksud orang yang mempunyai masalah untuk membaca, menulis, dan mengira manakala afasia pula merujuk kepada individu mengalami kesukaran untuk berkomunikasi, kesukaran memahami percakapan orang di sekelilingnya serta kesukaran membaca dan menulis (Norfishah, 2016).

          Kecelaruan bahasa dapat dikenal pasti dan turut berlaku terhadap penderita afasia Broca. Sindrom Afasia merupakan istilah yang sering digunakan oleh Paul Broca untuk merujuk kepada penderita strok. Menurut Noor Aina, (2017) afasia merupakan istilah neurologi tentang kecelaruan bahasa yang mengakibatkan kepada kerosakan hemisfera kiri otak manusia pada medan Broca. Individu yang mempunyai penyakit ini tidak mampu untuk menhasilkan kata-kata yang sempurna seperti manusia normal yang lain. Pakar berpendapat bahawa banyak penderita afasia merupakan pesakit strok. Strok merupakan kerosakan yang berlaku pada otak yang berpunca daripada kehilangan bekalan darah pada otak manusia.

          Menurut Riki Nasrullah, (2020) menerangkan bahawa afasia hanya akan berlaku kepada orang yang sudah memiliki sistem bahasa tertentu. Oleh itu, orang yang belum mempunyai sistem bahasa tertentu tidak akan mendapat sindrom afasia ini.

Sindrom utama afasia :

1)    Agramatisme

2)    Paragramatisme 

Kedua-dua sindrom yang dinyatakan dipercayai berlakunya kecelaruan bahasa terhadap pemahaman dan pertuturan gramatis manusia. Saraf di otak penderita afasia tidak berfungsi mengakibatkan perkataan yang cuba disampaikan adalah sukar untuk difahami orang yang berada di sekitarnya.

Selain kecelaruan bahasa dikaitkan dengan sindrom afasia, kecelaruan bahasa juga merupakan masalah dalam menghasilkan ujaran dari segi tatabahasa, semantik, suku kata dan sebagainya. Terdapat beberapa contoh kecelaruan bahasa iaitu terdapat kesukaran dalam melafazkan bunyi kata, berlaku gangguan alat artikulasi manusia dan gagap.

Kecelaruan bahasa yang berlaku pada orang yang menderita afasia Broca ini dikaitkan dengan medan broca yang berfungsi untuk mengaktifkan suai gerak pertuturan manusia. Afasia Broca menuturkan ujaran yang ringkas namun masih difahami dan mempunyai makna. Penderita afasia Broca orang dewasa pula akan bertutur mirip seperti ayat telegrafi dua atau tiga perkataan kanak-kanak. Ayat telegrafi merupakan cara ucapan atau pertuturan yang mudah dan mengandungi kata-kata penting yang hendak disampaikan. Ayat telegrafi ini biasanya merupakan tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak yang berumur dua tahun.

Noor Aina, (2017) menyatakan bahawa sebab-musabab penderita afasia Broca turut dikaitkan dengan pemakanan. Hal ini kerana, suatu eksperimen telah dijalankan terhadap mereka dengan menyampaikan beberapa ayat kepada mereka berkaitan pemakanan. Hasilnya penderita afasia Broca dapat memahami ayat yang mengandungi perkataan tentang makanan namun sebaik sahaja perkataan makanan diubah, pesakit ini sama sekali tidak dapat memahami ayat tersebut walaupun hanya satu perkataan sahaja yang ditukar. Ayat yang disampaikan ialah

Ayat pertama : The orange that the girl is eating is yellow

selepas itu ditukar kepada

Ayat kedua : The boy that the girl is looking at is tall. 

Penderita afasia Broca sama sekali tidak mendapat gambaran maksud ayat kedua tersebut tentang siapakah yang sedang melihat looking at is tall itu. Namun pada ayat pertama, penderita afasia Broca ini dapat mengenal pasti dan memahami bahawa the girl adalah orang yang melakukan perbuatan makanan. Melalui experiment ini membuktikan bahawa kecederaan pada hemisfera kiri otak penderita afasia Broca ini adalah sangat teruk sehingga susah untuk memahami sesuatu ujaran itu dengan sempurna.

BIBLIOGRAFI :

Dato’ Dr. Hassan Ahmad (2007). Kecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman. Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 18-29 Julai 2007.

Norfishah Mat Rabi (2016). Rahsia Dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Noor Aina Dani (2017), Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka.

Nasrullah, Riki. dkk. (2020). Ekspresi Verbal-Gramatikal Penyandang Afasia Broca Berbahasa Indonesia: Suatu Kajian Neurolinguistik. Ranah: Jurnal Kajian Bahasa, 9(1), 16—34. Diambil: https://doi.org/10.26499/rnh/v9i1.1490

Soenjono Dardjowidjojo. (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Comments