Menurut Kamus Dewan Edisi Keepat, bahasa kedua
bermaksud bahasa yang sering digunakan selain daripada bahasa ibunda iaitu
Bahasa asing yang diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang. Pemerolehan bahasa
kedua merupakan situasi orang dewasa atau seorang kanak-kanak yang telah mahir
dalam mengunnakan satu bahasa dan kemudiannya mempelajari bahasa yang lain.. Pemerolehan
bahasa kedua ini berbeza dengan pemerolehan bahasa pertama iaitu dimana
seseorang individu tersebut telah menguasai bahasa pertamanya secara semula
jadi iaitu secara tidak langsung atau tidak formal yang telah dipelajari oleh
individu tersebut sejak kecil lagi.
Pemerolehan bahasa kedua juga boleh dipelajari secara semula jadi seperti mempelajari bahasa pertama namun akan berbeza dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, bagi pemerolehan secara semula jadi iaitu seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang berpindah ke negara yang mengunakan bahasa yang berbeza dengan bahasa pertama kanak-kanak atau orang dewasa tersebut. Pemerolehan bahasa kedua secara semula jadi pula ialah berkomunikasi antara individu penutur bahasa kedua atau rakan secara bebas daripada pengajaran atau memperoleh bahasa tersebut dengan caranya tersendiri. [1] Selain itu, menurut (Rod Ellis,1997) ppemerolehan bahasa kedua merujuk kepada pelbagai bahasa yang dipelajari dan dikuasai setelah bahasa ibundanya.
KAEDAH UNTUK MENGAJAR BAHASA KEDUA
Menurut (Danny D, 2013) kaedah pembelajaran bahasa kedua ini juga telah mengalami perubahan seiring waktu. Menurut beliau, kaedah pembelajaran bahasa kedua ini dapat dilihat melalui fokus pengajaran bahasa, pengajaran tatabahasa dan pengajaran makna.
Terdapat lima kaedah untuk mengajar bahasa kedua iaitu kaedah
tradisonal, kaedah langsung, kaedah audio lingual, kaedah rendaman, dan kaedah
selaman. Kaedah yang pertama iaitu kaedah tradisional adalah merupakan
terjemahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Kaedah ini juga
merupakan pembelajaran tatabahasa dalam bahasa pertama. Kaedah seterusnya ialah
kaedah langsung yang melaksanakan semua aktikivit pengajaran Bahasa kedua
dengan menekankan kemahiran perbualan manakala kaedah audio lingual pula lebih
menekankan kemahiran seperti bertutur dan mendengar sebelum individu atau
kanak-kanak tersebut mula pandai membaca dan menulis.
Seterusnya, kaedah rendaman pula berfokus kepada pengajaran dengan
menggunakan bahan bahasa asing seperti buku teks bahasa asing. Kaedah selaman
pula situasi dimana para pelajar ini akan diletakkan di dalam kelompok yang
merupakan penutur bahasa kedua tersebut dan pelajar tersebut terpaksa untuk
menggunakan bahasa asing tersebut walaupun masih belum menguasai bahasa kedua
dengan sepenuhnya. Pelajar tersebut harus terpaksa memahami dan bertutur menggunakan
bahasa kedua agar tidak ketinggalan dalam perbincangan, pengajaran dan
pembelajaran. Melalui komunikasi juga, para pelajar dapat mendorong mereka
untuk lebih fasih dalam menguasai Bahasa tersebut dengan lebih pantas.
Namun, setiap kanak-kanak atau orang dewasa mempunyai perbezaan dalam
kemampuan mereka untuk mempelajari atau menguasai bahasa kedua. Perbezaan yang
pertama ialah keupayaan penghafalan kerana sesetengah insan mempunyai daya
ingatan yang kuat dan dapat menyimpan segala jenis maklumat yang diterima di
dalam minda mereka untuk masa yang panjang. Kedua ialah keupayaan pengekodan
fonetik yang bermaksud keupayaan untuk mengenal pasti bunyi baharu dan
perkaitan bentuk, iaitu dari aspek yang dipanggil kesedaran fonologi. Ketiga,
kepekaan tatabahasa iaitu kebolehan
untuk mengenali fungsi kegramatisan kata dan struktur sintaksis.
Perbezaan yang terakhir pula ialah keupayaan pembelajaran induktif bermaksud
keupayaan untuk membuat kesimpulan daripada data bahasa.
Rajah 1 : Kaedah Mengajar Bahasa Kedua
HIPOTESIS PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA
Menurut pendapat Krashen dalam bukunya Principles and Practice in Second Language Acquisition yang diterbitkan pada 1982, terdapat beberapa hipotesis yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua. Lima hipotesis yang telah dinyatakan oleh (Krashen,1982) iaitu hipotesis perbezaan pemerolehan dan pembelajaran, hipotesis monitor, hipotesis pemerolehan dalam susunan semula, hipotesis input difahami, dan hipotesis penapisan aktif
i) Hipotesis perbezaan pemerolehan dan pembelajaran
Hipotesis yang paling asas ialah hipotesis perbezaan pemerolehan dan pembelajaran. Seseorang mempelajari bahasa kedua ini secara formal iaitu di dalam bilik darjah dan mengetahui peraturan Bahasa. Menurut (Stephen Krashen, 1982) kanak-kanak tidak sedar bahawa mereka memperoleh bahasa pertama mereka secara semula jadi. Kanak-kanak hanya menganggap bahawa mereka menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi tanpa mengutamakan tatabahasa atau peraturan Bahasa tersebut.
Berbeza pula dengan proses pembelajaran bahasa. Melalui proses
pembelajaran, individu tersebut sedar tentang peraturan bahasa dan boleh
bertutur dalam bahasa kedua. Selain itu juga, proses pembelajaran ini berlaku
secara formal seperti melakukan pembelajaran di dalam bilik darjah dan
sebagainya.
ii) Hipotesis monitor
Rajah 2 : hipotesis monitor
Hipotesis monitor ini bermaksud pembelajaran memantau proses menyemak
dan mengedit output. Sebagai contohnya, dalam pembelajaran Bahasa ingerris,
pelajar akan mula berfikir cara penggunaan perkataan present tense dan past
tense dalam situasi tersebut. Teori hipotesis ini sangat sulit namun dapat
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai Bahasa kedua.
iii) Hipotesis pemerolehan dalam susunan semula
(Noor Aina,2017) berpendapat bahawa hipotesis ini merupakan susunan
pemerolehan peraturan sintaksis dan juga jenis kesilapan yang umum adalah sama
dalam bahasa pertama dan Bahasa kedua. Terdapat juga beberapa struktur Bahasa
tertentu yang muncul terlebih dahulu berbanding struktur yang lain.
iv) Hipotesis input difahami
Hipotesis input dibina bagi menjawab persoalan yang timbul dan
memberikan jawapan yang dapat memberi kesan kepada semua bidang pengajaran
Bahasa. Hipotesis ini ialah input yang difahami oleh penutur. Penutur harus
memahami makna dan input dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman penutur
terhadap bahasa kedua. Menurut Krashen,penghasilan Bahasa tidak perlu diajar
dengan jelas kerana akan muncul dengan sendirinya
v) Hipotesis penapis aktif
Hipotesis penapis aktif ini ialah menapis sikap dan emosi penutur seperti
perasaan takut, malu untuk bersuara Ketika mempelajari Bahasa kedua.
Kebersanaan dalam menguasai Bahasa kedua melibatkan tiga faktor dalam hipotesis
ini, iaitu keyakinan diri, motivasi, dan mempunyai kebimbangan yang rendah.
Pelajar haruslah mempunyai ketiga-tiga faktor ini agar dapat menguasai Bahasa
kedua dengan lancar.
RUJUKAN :
Noor Aina Dani (2017), Asas Psikolinguistik, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Park Jin Ryeo. (2019). Pemerolehan Bahasa Kedua
(Bahasa Indonesia) Pada Anak Usia 2 Tahun. Ksatra: Jurnal Kajian
Bahasa dan Sastra, Vol. 1(1), 15-28.
Steinberg, Danny D., Nagata, Hiroshi, & Aline,
David P. (2013). Psycholinguistics: Language, Mind and World. Malaysia: Pearson
Education Malaysia.
Krashen, Stephen (1981). Second Language
Acquisition and Second Language Learning, University of Southern
California: Pergamon PressInc.
Rod Ellis. (1986). Understanding Second Language
Acquisition. Tesl Canada Journal. 6(2),
95-98.
https://massofa.wordpress.com/2008/01/28/pemerolehan-bahasa-pertama-dan-bahasa-kedua/




Comments
Post a Comment